Pelakon Nina Iskandar, 27, sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya.

“27 and ready to settle down. InshaAllah,” tulisnya.



Nina mendedahkan perkara tersebut menerusi WhatsApp Status miliknya.

Menerusi perkongsian di dalam medium yang sama, Nina turut berharap agar urusan dan perancangannya dipermudahkan.

“Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami. Berkatilah segala perancangan kami. Makbulkanlah segala doa kami,” tulisnya lagi.



Selain itu, Nina turut memuat naik perbualannya dengan seseorang yang dipercayai bakal suaminya.

Dalam perbualan itu, mereka memanggil dengan panggilan manja iaitu ‘Sayang’ dan ‘Abang’.




Nina juga turut memberitahu perbualan itu merupakan salah satu sebab mengapa dia cintakan lelaki tersebut.

“One of the million reasons why I love him,” katanya.

Bagaimanapun, Nina tidak mendedahkan siapa gerangan jejaka tersebut.

Sebelum ini, netizen telah membuat spekulasi Nina sedang bercinta dengan pelakon Azrel Ismail selepas melihat keintiman mereka.
Pasangan ini sedang berlakon bersama di dalam sebuah drama bersiri berjudul Setelah Cinta Itu Pergi.