TUTUP

The Royal Tailor! Datuk Rizalman Kongsi Suasana Belakang Tabir Fotografi Sultan Pahang

Gaya Hidup
The Royal Tailor! Datuk Rizalman Kongsi Suasana Belakang Tabir Fotografi Sultan Pahang

Siapa tak kenal dengan pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim?

Pastinya setiap rekaan dan sentuhannya menjadi magis buat si pemakai!

Terbaharu, Rizalman berkongsi momen-momen emas ketika dalam sesi fotografi bersama keluarga diraja Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in.

Menerusi kemaskini akaun Instagramnya, Rizalman menyifatkan detik itu tidak ternilai harganya.

"Menjunjung Kasih Tuanku. Tidak pernah termimpi patik untuk mendapat peluang di beri kepercayaan menjadi ‘tukang jahit’ pada Tuanku berdua.. apatah lagi dapat bergambar sebegini," tulisnya.

Sultan Pahang telah dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-16.

Pelantikan itu diumum oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad 24 Januari lalu.

Terdahulu, Raja-Raja Melayu telah mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara, bagi membincang dan memperkenankan pengganti kepada Sultan Muhammad V, yang meletakkan jawatan sebagai YDP Agong pada 6 Januari lepas.

Kami kongsikan foto-foto menarik sekitar sesi tersebut.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

i will khazanah this moment FOREVER

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

dan ‘tukang jahit’ ni dengan puteri2 Baginda sekali dia sapu bersih

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on


 

Artikel Berkaitan