Pelawak Nabil Ahmad meminta supaya netizen tidak terus mengkritik pengacaraan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Scha Alyahya dalam program Gempak Superstar yang bersiaran pada minggu lalu.
“Setiap orang mempunyai kelainan dari segi pengacaraan dan saya rasa tak perlu untuk orang bandingkan saya dan Sharnaaz.
“Bekerja dalam bidang ini bukanlah sesuatu yang mudah. Jangan terus mengkritik seseorang tanpa mengetahui apa yang mereka lalui.
“Macam Sharnaaz, kita semua tahu dia masih lagi baru dalam bidang ini dan kita kena beri peluang kepada dia.
"Saya rasa Sharnaaz mempunyai potensi yang cerah dalam bidang pengacaraan,” katanya ketika ditemui pada sesi santapan tengahari bersama Nabil Ahmad dan HBO Sentral di Ploy, Damansara.
Tambah Nabil lagi, program tersebut baru sahaja bersiaran di minggu pertama dan masih banyak masa untuk Sharnaaz dan Scha memperbaiki skil pengacaraan mereka.
“Saya pernah lalui apa yang mereka rasa lebih-lebih lagi bila siaran langsung, memang gementar dan banyak perkara yang bermain di fikiran.
“Sebab itu saya kata kita perlu beri peluang kepada mereka lagipun Gempak Superstar baru minggu pertama jadi masih banyak lagi masa untuk mereka baiki kekurangan yang ada.
“Percayalah, setiap minggu anda akan dapat melihat peningkatan skil pengacaraan mereka.
“Sama juga seperti saya, sehingga kini saya masih lagi belajar, kena ada bantuan dari skrip dan gigih berlatih.
“Jadi berilah peluang dan sokongan kepada mereka, saya percaya Sharnaaz dan Scha boleh jadi pengacara yang baik.” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Nabil sekali lagi diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan HBO Sentral bagi musim ketiga.
Jangan lupa untuk menyaksikan Gempak Superstar setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Layari www.gempaksuperstar.com.my dan gunakan hashtag #GempakSuperstar untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.
Ahmad Shah
Fri Apr 15 2016
Tak Tuntut Nafkah, Adira Suhaimi Faham Keadaan Datuk Red - “Saya Tak Nak Susahkan Dia Yang Tengah Down”
Keputusan penyanyi Adira Suhaimi tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya yang juga usahawan Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu atas kehendaknya sendiri.
Ayah Back-Up Anak Makan Gulai Kaki Ayam Satu Mangkuk - “Janganlah Risau”
Bapa kepada kanak-kanak yang dikenali sebagai Bang Aji itu memberi ulasan dan mempertahankan selera anaknya
Sertai Kemeriahan 'Hello Nu Sentral' Bersama Nikki Palikat, Afif Tarmizi, Liza Hanim, Nadeera Zaini & Ramai Lagi!
Lock janji temu kita pada 27 April 2024, bermula 2 hingga 6.30 petang di Aras 2, MPH Bookstore, NU Sentral Shopping Mall, Kuala Lumpur.
Doa Di Tanah Suci Makbul, Adira Suhaimi Syukur Datuk Red Lembut Hati Untuk Bercerai - “Saya Memang Banyak Berdoa…”
Penyanyi Adira Suhaimi meluahkan rasa syukur apabila bekas suaminya yang juga usahawan Datuk Red atau Adnan Abu akhirnya berlembut hati untuk melepaskannya.
Datuk Red Diam Membisu, Kaki Lemah Tak Daya Nak Jalan Selepas Sah Cerai
Bekas suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red enggan memberikan sebarang kenyataan selepas sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, pada pagi Rabu.
Adira Tenang, Datuk Red Tunduk Sayu Lafaz Cerai Talak Satu
Rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dengan usahawan Datuk Red berakhir perceraian dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada pagi Rabu.
Adira Suhaimi Tetap Tenang Biarpun Rumah Tangga Dengan Datuk Red Bakal Berakhir - “Keputusan Saya Tetap Sama”
Rumah tangga bakal berakhir, penyanyi Adira kelihatan tenang apabila tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat bersama peguam syarie, Nor Saidah Zakaria untuk lafaz perceraian pada pagi, Rabu.
Ippo Hafiz Minta Kakak Tak Campur Urusan Rumah Tangga - “Dia Mungkin Tak Tahu Masalah Luar Dalam…”
Harap selesai dengan baik.
Norman & Marissa Kembali Berbaik, Netizen: “Tak Ada Pun Saya Tengok Ahli Keluarga Yang Memulaukan Dia”
Pelakon Norman Hakim dan anaknya, Marissa Dania sekali lagi menarik perhatian umum apabila membintangi iklan bagi jenama hidangan daging frozen popular tempatan.
Dua Helikopter Bertembung Jadi Tragedi Ke-8 Dalam Tempoh 9 Tahun, Ini Kronologinya
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.