Pelakon dan pengacara Zizan Razak 'diserang' netizen selepas tular dimedia sosial aktres Emma Maembong tidak bertudung bersama abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman hangat diperkatakan ramai semenjak semalam.

Menerusi entri di Instagram (IG), Zizan yang merupakan bekas kekasih Emma berkongsi sekeping gambar beserta kapsyen untuk peminatnya.

"Assalamualaikum guys. Macam mengantuk tapi layan youtube sikit. Korang wakpe plak? #zizanrazak #kautakkantahu," tulisnya.

Assalamualaikum guys. Macam mengantuk tapi layan youtube sikit. Korang wakpe plak??? #zizanrazak #kautakkantahu #youtuber

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on


Namun menerusi ruangan komen, rata-rata menyakat Zizan dan bersyukur apabila dia tidak lagi bersama Emma selepas hubungan mereka telah putus sejak beberapa tahun lalu.



Semalam, beberapa gambar tidak bertudung Emma bersama Syed tersebar di laman sosial mula mendapat perhatian ramai pihak.

Emma mengaku salah dan memohon maaf atas kekhilafannya, manakala Syed tampil mempertahankan Emma.

BACA:Selepas Foto Tak Bertudung Viral, Ini Kata-Kata Yang Kamal Adli Tujukan Kepada Emma Maembong​

BACA: "Apology Is Not About Saying I’m Sorry...." - Ini Luahan Hati Syed Abdullah Berkenaan Isu Dengan Emma Maembong​

Sejak kebelakangan ini, Emma dilihat menjalinkan hubungan mesra bersama abang kepada Syed Saddiq itu.

Pada 19 Januari lalu juga, Emma memuat naik gambar bersama Syed Abdullah ketika melancong di Dubai termasuk ucapan hari jadi.

BACA: "Saya Yang Terlalai, Memang Salah Saya" - Gambar 'Panas' Tersebar, Emma Maembong Mohon Maaf

BACA: "Itu Bukan Emma" - Gambar 4 Tahun Lalu Viral, Syed Abdullah Buka Mulut