Pelakon dan penyanyi Alif Satar bangga apabila permata hati negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya menamatkan kayuhan di Bukit Hantu, Hulu Langat yang sememangnya dikenali sebagai laluan agak mencabar untuk aktiviti berbasikal.

Alif menerusi ruangan Insta Stories memberitahu pada mulanya Siti hanya meluahkan hasrat untuk cuba berbasikal di lokasi berkenaan dan tidak menyangka akan melaksanakan perkara itu secara serius.

“Semalam @ctdk komen nak kayuh basikal. Serious ingatkan dia main-main. Sekali betul daaaa,” tulisnya.

Dalam pada itu, Alif juga turut menyatakan rasa bangga dengan semangat dan dedikasi yang ditunjukkan oleh Siti.

“Iya betul kak Iti, omg I’m so proud of you. Alif ingatkan kak Iti main-main semalam. Power! @ctdk amacam Bukit Hantu? Memang macam hantu kan?” tulisnya menerusi ruangan komen foto Siti.

Selain Alif, Farah Fauzana dan Siti Sarah juga turut memberikan komen kepada penyanyi nombor satu negara itu.

alhamdullillah cycling harini sampai simpang bukit hantu hulu langat ?????

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Lepas gian namanya nie?? @aiza_mokhtar ##teamCTDK ?‍♀️?‍♀️?‍♂️?‍♂️ #30km #hululangat #bauluklasik #roadtositinurhalizaontour #yangpentingbegbelakangtunakpishopingmanaaaaa

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Foto: Instagram @alifsatar / @ctdk