Pelakon Abby Abadi menyentuh hati netizen menerusi perkongsiannya ketika menjaga ibunya yang sedang sakit.

Dalam entri terbabit, Abby turut menceritakan keadaan terkini ibunya serta usahanya untuk memastikan solat ibunya terjaga.

"Mak... Saya usahakan Mak saya supaya terus solat dan Alhamdullillah, Mak kuat.

"Saya mandikan Mak, bagi makan ubat, inject, insulin, buatkan air, suap makan dan paling penting jagakan solat Mak.

"Saya bagitau Mak, tak dapat buat yang sunat, 5 waktu tu je suruh Mak jaga. Sebab itu yang pertama Allah akan tanya nanti Mak. Mak dengar je...

"Dan saya harap Allah kuatkan lagi kefahaman Mak tentang agama. Amin. Sayang Mak sangat!" tulis Abby.

Pelakon drama bersiri Gerak Khas itu juga merayu doa daripada peminatnya untuk melancarkan urusan ibunya yang akan menjalani pembedahan hari ini.

"Doakan Mak saya kuat ye. Esok Mak nak kena tebuk lubang lain kat leher untuk dialisis sebab lubang sedia ada tak boleh guna sebab ada darah buku menghalang," tambahnya.