Pelakon cantik Emma Maembong tampil membuat permohonan maaf di ruangan Instastory berhubung gambarnya tidak bertudung yang tular hari ini.

Kata Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 27, dia akui lalai dan khilaf itu datang daripada dirinya sendiri.

"Ramai yang tanya kenapa saya minta maaf dekat netizen, pergi minta maaf dekat Allah.

"Betul cuma kalau saya minta maaf dekat Allah bukan korang nampakkan. Sebab itu saya minta maaf juga dekat semua netizen.



"Memang salah saya dan saya mintaa maaf.

"Jangan salahkam kawan-kawan atau salahkan sesiapa. Sebab semua ini datang dari diri saya sendiri.

"Memang salah saya. Saya yang terlalai," tulisnya.





Emma turut berterima kasih kepada individu yang menasihatinya dan akan cuba membalas setiap pertanyaan yang diajukan di ruangan Instagramnya.

Emma turut mengaku individu tidak berhijab dalam foto yang tular itu adalah dirinnya namun menafikan gambar berdua-duaan bersama abang kepada seorang menteri kabinet adalah dirinya.



Hari ini Kosmo! mendedahkan telah menerima sekeping foto yang didakwa mirip Emma dan abang kepada menteri kabinet berdua-duaan dalam sebuah bilik.

Dalam perkembangan terbaharu, Emma turut memohon maaf menerusi entri terbaharu di Instagramnya.

Salam semua. Sy nk mintak maaf atas salah sy lalai. Mmg salah sy. Bukan salah kawan ,keluarga atau sapa2 jgn salah kan diorg sbb sy sendiri yg lalai. Maaf kan sy. Thank you kepada yg nasihat sy, dan yg marah yg kecewa atau sedih semua sy mintak maaf ya. Im sorry. Walaupon ramai ckp pergi mintak maaf dekat allah sy buat, dekat manusia pon still sy kene mintak maaf jgk kan.tak sempat sy nk reply comment satu2 byk sgt. But Thank you yg masih support dan yg positive. Love you guys so much. Im sorry again. Maaf kan sy ??❤️? #emmamaembong #emanizers @emanizers

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on


Sumber: Emma Maembong Instagram