Sebelum ini, aktres Sherry Ibrahim terpalit dengan dakwaan yang mengatakan dirinya melakukan pembedahan kosmetik untuk mencantikkan wajah.

Menafikan perkara terbabit, aktres drama bersiri Teduhan Kasih ini menangkis dakwaan yang timbul dengan penuh berhemah.

BACA: "I Tak Buat Surgery Atau Suntik Muka, I Tahu Berdosa" - Sherry Ibrahim

BACA: “Memang Dilahirkan Muka Lonjong, Dulu Muka Kurus Pun Orang Kata Buat” - Sherry Ibrahim

BACA: “Nak Pergi Cari Niqab Sebab...”- Sherry Ibrahim Tak Tahan Dituduh Ubah Wajah

Terbaru, ada seorang wanita yang melemparkan tuduhan serupa dan lebih memburukkan keadaan, ia turut melibatkan nama keluarga Sherry.

Berang dengan dakwaan terbabit, Sherry berkongsi perkara itu menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya.

Astaghfirullah al-Azim . I dapat ni tadi dari one of my family members . Banyak yg dia tulis tapi malas nak letak semue. Sebab membuatkan ig i nampak tak cantik. I akan marah kalau ianya melibatkan keluarga dan menjatuhkan fitnah sambil menyebarkan. First of all i don’t know you tapi U tulis mcm u kenal and tau everything pasal i . Stop tulis bende2 macam ni and buat statement pandai2. I feel sorry for you gal!

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on


"Astaghfirullah al-Azim. I dapat ni tadi dari one of my family members. Banyak yang dia tulis tapi malas nak letak semua. Sebab membuatkan IG I nampak tak cantik.

"I akan marah kalau ianya melibatkan keluarga dan menjatuhkan fitnah sambil menyebarkan. First of all I don’t know you tapi you tulis macam you kenal and tau everything pasal I.

"Stop tulis benda-benda macam ni and buat statement pandai-pandai. I feel sorry for you gal!" tulis Sherry.

Di ruangan komen, rata-rata peminat mengeji perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan memohon agar Sherry tidak mempedulikan dakwaan terbabit.