Penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri enggan mengambil pusing tuduhan segelintir pihak yang mengatakan dia melakukan pembedahan pada bibir.

BACA: "Buat Bibir Lettew!" - Netizen Nakal Speku Ernie Zakri Ubah Wajah, Ini Jawapannya ...

Jelas Ernie, perkara itu kelakar memandangkan 'perubahan' yang dikatakan itu asalnya daripada teknik solekan semata-mata.

"Kadang-kadang rasa kelakar juga, saya sebenarnya suka melukis bibir bibir dan itu tabiat saya dari dulu lagi.

"Mungkin sekarang ini orang selalu tengok gambar jadi mereka kata mungkin ada perubahan.

"Saya tambah gloss lebih, jadi nampaklah bibir mungil.

"Tetapi saya tak tahu nak cakap apalah, kalau saya nafi pun kalau orang nak cakap, orang akan cakap juga. Pada saya, okey saya tak ada hal perlu saya risaukan," katanya kepada Gempak.

Ernie yang ditemui pada EDMA 2018 di Galaxy Banquet Sentul Kuala Lumpur semalam menganggap spekulasi itu daripada sudut positif.

"Mungkin orang perhatikan perubahan kita, rambut tukar warna, potong pendek pun orang perasan.

"Kalau bibir besar sikit kata cucuk. Bagi saya itu normallah!

"Saya tak ada rasa macam nak hentam balik tetapi saya anggap perhatian yang diberikan anggap itu secara positif," tambahnya.

Sehubungan itu, Ernie menegaskan dia tidak akan sesekali menukarkan tabiatnya untuk melukis bibir apabila timbul spekulasi berkenaan.

"Saya mendapat lebih keyakinan apabila saya melukis terlebih.

"Tak mungkin saya akan buang tabiat itu hanya disebabkan segelintir orang yang tak suka tengok.

"Apa sahaja perkara yang memberikan saya keyakinan, saya akan terus buat," tegasnya.