Mengalami insiden yang menyedihkan di penghujung tahun 2018, penyampai radio ERA yang kini bergelar penyanyi, Danial Zaini bangkit meneruskan hidup.

Enggan mengenang kembali tragedi pahit ditinggalkan kekasih yang bertunang secara senyap-senyap dengan lelaki lain, Danial mahu memandang ke hadapan.

BACA: “Terkejut Bila Dapat Tahu Dia Bertunang Dengan Orang Lain…”- Danial Era Putus Cinta?

BACA: "Saya Datang Di Hari Pertunangan Mereka..." - Danial Sebak Dedah Kisah Ditinggal Kekasih

"Saya sudah move on. Apa yang terjadi sudah pun berlalu dan kini saya meneruskan hidup seperti biasa.

"Apa yang terjadi saya jadikan pengajaran dan saya enggan mengenang kembali kisah lama," kata Danial.

Danial ditemui di majlis pelancaran single nyanyiannya bersama single Issey serta majlis pengenalan artis di bawah naungan DATU Entertainment di Wisma Datu, Shah Alam pada Rabu.

Kini popular menerusi lagu Siti Bilang Cuti, Danial menganggap kejadian tersebut sebagai satu hikmah.

"Semenjak lagu terbabit dilancarkan bermula 13 Disember lalu, ia mendapat sambutan yang sangat positif.

"Mungkin ia merupakan satu hikmah selepas saya melalui perkara yang meninggalkan kesan pahit dalam kehidupan saya.

"Apa yang perlu lakukan sekarang ialah saya mahu berusaha lebih keras. Biarlah saya sibuk mencari rezeki untuk diri sendiri serta keluarga dan menghiburkan peminat yang selama ini tidak berhenti menyokong," katanya lagi.


Lagu Siti Bilang Cuti terbitan Datu Entertainment ini mendapat sambutan yang baik dan kini meraih lebih 3.7 juta tontonan di laman YouTube.