Pelakon Syatilla Melvin menyatakan rasa teruja menghadiri majlis persandingan adiknya, Syida Melvin yang bertemakan Bollywood semalam.

Syatilla berkongsi perkara itu menerusi akaun Instagramnya beserta foto yang merakamkan dirinya memakai pakaian mengikut tema berkenaan.

Menurut Syatilla atau lebih mesra dengan panggilan Tilla ini memberitahu ini merupakan kali pertama dia memakai pakaian tersebut.

“First time pakai bollywood seumoq hidup… Pasaipa laaa aku kawin dulu tak buat laguni dan lagi kot noo kalau nak plan?? #syidashafiqbollywoodnight,” tulisnya dalam loghat utara.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji kecantikan Tilla yang memakai busana bertemakan Bollywood itu.


Terdahulu, Syida sah bergelar isteri kepada Mohamad Syafiq Azim Shahreen di Dewan Utama, Kampus Kejuteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) Nibong Tebal, Pulau Pinang pada Sabtu lalu.

BACA: Foto Menarik Di Sekitar Malam Bollywood Adik Syatilla Melvin, Syida

BACA: “Cantik Adik-Beradik Dia" – Foto Resepsi Adik Syatilla Melvin, Syida Jadi Perhatian

Foto: Instagram @Samtilla