Pelakon popular Indonesia, Irwansyah mengakui dia dan isterinya, Zaskia Sungkar tidak pernah berputus asa berdoa untuk mendapatkan zuriat.

Menurut laporan Liputan6.com, Irwansyah menjelaskan keluarganya dan mertua tidak sabar untuk menantikan kehadiran cucu mereka.

"Tahun ini merupakan sambutan ulang tahun perkahwinan ke-8 saya dan isteri.

"Kami sentiasa berdoa agar dikurniakan anak kerana keluarga saya dan mertua sudah lama menanti untuk menerima cucu.

"Kami sentiasa berusaha mendapatkan anak namun belum rezeki untuk dapat zuriat lagi. Bagi kami masanya akan tiba dan sekarang ini kami hanya mampu untuk berdoa dan berserah.

"Semoga suatu hari nanti kami akan dikurniakan anak pada masa yang tepat," katanya.

Irwansyah dan Zaskia, juga seorang pelakon dan penyanyi, belum dikurniakan cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011.