Penyanyi Siti Sarah Raisuddin tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki untuk hamil kali keempat dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, dia akui traumanya bersalin ketiga-tiga cahaya mata sebelum ini secara pembedahan masih belum pudar.

"Soal anak itu rezeki, macam mana kita plan pun kun fayakun.

"Kalau Allah nak bagi it is a gift tapi buat masa sekarang memang tak ada plan lagi, sebab pengalaman melahirkan ketiga-tiga anak saya sebelum ini secara pembedahan dan rasa sakit.

"Biarlah hilang trauma dulu... Tapi kalau Allah bagi saya terima dengan hati terbuka," katanya kepada HLive.

Tambahan pula anak sulungnya, Uwais Alqarni acapkali 'meminta' adik baru.

"Anak saya pun dah tanya. Katanya 'Wais rasa dah kena ada adik ni'. Tak pasal-pasal pula dia minta," tambahnya.

Sarah yang mendirikan rumah tangga bersama Shuib pada tahun 2011 telah dikurniakan tiga anak, Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).