Kecomelan coretan yang dititipkan pelakon Bella Dally buat anak sulung Betty Rahmad menarik perhatian peminatnya.

Lebih-lebih lagi apabila yang mengetahui keakraban hubungan persahabatan antara Bella dan Betty melabelkan mereka sebagai ‘friendship goals”.

Menerusi entri terbaru, Bella telah memuat naik foto ketika mengunjungi Betty selepas selamat bersalin anak lelaki yang diberi nama, Ardy Wira.

Selain foto, Bella juga mengimbas kembali kenangan manis bersama Betty.


“Welcome to the world baby Ardy Wira! Saya lah aunty Behak tuuu… Yang selalu mengadu dengan your mommy…

“Yang menjual cookies dan sambal dengan your mommy… Yang pergi Bangkok shop til I drop dengan your mommy…

“Yang urut-urut your mommy masa dia pening masa menjual kat Singapore sebab we didn’t know baby Wira dah ada dalam perut mommy… Semoga baby Wira menjadi anak soleh dan baik kepada @bettyrahmad & @ardydamis,” coretnya.

Welcome to the world baby Ardy Wira! Saya lah aunty Behak tuuu.. yang selalu mengadu dengan your mommy.. yang menjual cookies dan sambal dengan your mommy.. yang pegi Bangkok shop til I drop dengan your mommy.. yang urut-urut your mommy masa dia pening masa menjual kat Singapore sebab we didn’t know baby Wira dah ada dalam perut mommy.. Semoga baby Wira menjadi anak soleh dan baik kepada @bettyrahmad & @ardydamis ❤️??

A post shared by Bella Dally (@belladally) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminatnya mengagumi persahabatan mereka dan melabelkan Bella sebagai seorang yang sweet.




Terdahulu, Betty dan Ardy bernikah di Glamhall, Damansara Perdana tepat jam 8.47 malam pada 4 Februari 2018 dan dikurniakan seorang anak pada 19 Januari 2019.

Foto: Instagram @belladally