Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta mengakui masa bersama adalah penting dalam sebuah keluarga.

Menerusi entri di Instagram (IG), Che Ta menjelaskan walaupun sibuk dengan kerja namun perkara itu bukan alasan untuk tidak membahagikan masa bersama anak-anak dan suami.

"Ramai dari kita yang tak tau luangkan masa bersama keluarga boleh menambahkan kualiti hidup. Means, kualiti kesihatan pun meningkat.

"Memanglah kita ni busy buat sampai 2 atau 3 kerja sebab nak bagi keluarga selesa. Nak kumpul duit tapi walaupun masa uolls tak banyak, tapi gunakan sebetulnya bila bersama keluarga.

"Jangan sibuk main handphone, asyik tengok tv, dok buat kerja sendiri dan main game.

"BUAT 2 KERJA, MANA ADA MASA" . . Ramai dari kita yg x tau.. Luangkan masa brsama keluarga.. Blh menambahkan kualiti hidup.. Means, kualiti kesihatan pon meningkat... . . "TP MANA ADA MASA SGT" . . Amboi betoi ka takda masa? Apa uolls kerja smpai 24jam ka? . . Mmg lah.. Kita ni buzy.. Buat smpai 2 3 kerja.. Sbb nk bg keluarga selesa.. nk kumpul duit.. Tp, walaupun masa uolls x byk, tp gunakan sebetulnya.. Bila brsama keluarga, JANGAN! . . Sibuk main handphone.. Asyik tgk tv... Dok buat kerja sendiri.. Main game... . . Masa yg sikit tu lah luangkan utk keluarga.. Anak2.. Bila brcakap dgn anak2, pandang mata depa.. Jgn mulut ckp ngan anak, mata tgk tv, tgk handphone.. . . Itu bukan ja kesihatan uolls ja tak meningkat, kesihatan jiwa anak pon blh trbantut.. . . TAG pasangan uolls! . . ========== Nk jaga kesihatan dalaman? Minum Goyang Rapat Che Ta 2 kali sehari.. . . Whatsapp 019 963 3618 . . #rcw #byrcw #goyangrapatcheta

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on


"Masa yang sikit tu lah luangkan untuk keluarga, anak-anak. Bila bercakap dengan anak-anak, pandang mata depa. Jangan mulut cakap dengan anak, mata tengok tv, tengok handphone.

"Itu bukan ja kesihatan uolls ja tak meningkat, kesihatan jiwa anak pun boleh terbantut," tulisnya.

Menrusi ruangan komen rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Che Ta dan mereka juga mendoakan kebahagiaan keluarganya.