Aktor kacak, Remy Ishak hadir di set program MeleTOP yang bersiaran semalam sebagai pengacara undangan bergandingan dengan Neelofa.

Sedang hangat dengan drama bersiri Lelaki Kiriman Tuhan dan Pujaan Hati Kanda, Remy menggantikan tempat Nabil Ahmad yang kini sedang berada di Jepun bersama keluarga.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Remy mendedikasikan sebuah entri untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat yang menonton penampilannya sebagai pengacara undangan untuk program terbabit.

hehe! kanda mmg tak pandai bab2 hosting ni, bukan bidang & kepakaran kanda, tapi bila org panggil & bagi peluang.. kanda sambut je, nak cuba kelainan lah katakan... hehe! tapi bila dah buat sekali, rasa nak lagi la pulekkkk.. ?. I had fun last night.. hehe! tq so much @meletop for the oppoturnity, thank you si cantik jelita @neelofa for your helps and thank you kepada semua yang selalu mempercayai kanda... cewah..! love you guys till jannah! ♠️ #meletop . photo by : @hazmiljapilus

A post shared by Remy Ishak (@remyishak) on


"Hehe! Kanda memang tak pandai bab-bab hosting ni, bukan bidang dan kepakaran kanda, tapi bila orang panggil dan bagi peluang.. Kanda sambut je, nak cuba kelainanlah katakan... Hehe!

"Tapi bila dah buat sekali, rasa nak lagi lah pulekkkk.. I had fun last night.. Hehe! Thank you so much @meletop for the oppoturnity, thank you si cantik jelita @neelofa for your helps and thank you kepada semua yang selalu mempercayai kanda... Cewah..! Love you guys till jannah! #meletop," tulis Remy di ruangan kapsyen.

Di ruangan komen, rata-rata peminat mahu menyaksikan gandingan Remy dan Neelofa dalam satu naskah.







Drama lakonan Remy bersama Mira Filzah, Lelaki Kiriman Tuhan sudah memasuki kemuncak dan hanya tinggal dua episod sahaja yang masih belum bersiaran.

Jangan lupa saksikan Lelaki Kiriman Tuhan setiap Isnin, 9 malam di Astro Oasis (106) dan Oasis HD (122).