Penyanyi Hafiz Suip dilihat seakan-akan memberi isyarat kepada isterinya, Nureffy Jasreel mengenai hasratnya untuk menambah lagi bilangan cahaya mata.
Hafiz berkongsi mengenai hasratnya itu dengan memuat naik foto bersama Nureffy Jasreel di akaun Instagram (IG) miliknya.
"Assalamulaikum semua. Harini nak gi dating dengan tulang rusuk saya @nureffyj.
"Boleh kira berapa kali jer dapat berdua macam ini dating thanks love for understanding and accepting me for who I am.
"Seorang wanita yang saya kagumi dengan kecekalan dan kesetiaannya. Alhamdulillah thanks Allah for the gift.
"Semoga kita kekal hingga ke jannah. Sorry baby @riyadhzafri ayah dengan bonda pi bincang pasal adik jap ok," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui terhibur dengan kapsyen yang dilakukan oleh Hafiz dan mendoakan dia serta isteri dikurniakan anak kedua.
Hafiz dan Nureffy telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di