Penyanyi, Zamani meminta netizen berhenti membuat andaian mengenai kesihatannya. Enggan memperbesarkan masalah tulang belakang yang dihidapinya, Zamani memberitahu kesihatannya bertambah baik. “Alhamdulillah saya okay dan bertambah baik. Masih mampu untuk memenuhi sebarang aktiviti yang ditetapkan dan tidak menghalang saya untuk bergerak aktif. “Saya memang ada menjalani beberapa rawatan termasuklah berurut secara tradisional. Saya cuba sahajalah, selagi boleh ikhtiar kita buat. Mana tahu sesuai. “Terima kasih kerana mendoakan… Saya tidak mahu peminat bimbang tentang diri saya. Cuma saya minta kalau boleh janganlah ada yang membuat andai mengenai kesihatan saya,” ujarnya ketika ditemui Gempak baru-baru ini. Dalam perkembangan lain, Zamani baru sahaja melancarkan kelab peminatnya Zamanians untuk mengelakkan kekeliruan yang dihadapi oleh peminat. Selain itu, Zamani juga akan tampil dengan single baharu berjudul Aduh, ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer, Faizal Tahir, sekitar Mac depan.
"Saya Doakan Dia Bahagia & Wanita Itu Menerimanya Seadanya" - Syifa Melvin Nafi Bercinta Dengan Fendy Bakry 20 Feb 2019
"Zaman Sekarang Ramai Orang Tak Reti Hantar Email & Tiada Adab Untuk Berkomunikasi Ke?" - Fazley Yaakob 20 Feb 2019
Upah Bintang Filem Porno Untuk Model Fendi, Ini 10 Perkara Tentang Lagenda Fesyen Dunia Karl Lagerfeld 20 Feb 2019
"Mikrofon Terpasang Sendiri, Dengar Suara Perempuan Walau Tak Ada Orang" - Elizabeth Tan Cerita Pengalaman Mistik Di Set Misteri Dilaila 20 Feb 2019
"Janganlah Memain Dengan Benda-Benda Macam Ni, Puncanya Sikit Je Tapi ....." - Feeya Iskandar Kongsi Pengalaman Dimasukkan Ke CCU 9,926