Kumpulan Ruffedge telah tampil dengan single terbaru mereka yang berjudul Seperti Mereka pada Ogos tahun lalu.

Kini, industri muzik tempatan telah diwarnai dengan kemunculan video muzik rasmi untuk single tersebut yang dilancarkan pada hari ini.

Antara tarikan utama video muzik ini adalah mereka menampilkan bait-bait kenangan dari perkahwinan dan pertunangan peminat mereka.

Ruffedge telah mengumpulkan video-video perkahwinan dan pertunangan itu dengan mengadakan pertandingan di sosial media pada tahun lepas dan ia ditampilkan secara eksklusif dalam video muzik rasmi ini.

Terdahulu, Ruffedge yang dianggotai oleh Cat Farish, Azan, Zain, Mode, Sein dan Amir ini telah meraih populariti menerusi lagu-lagu hit mereka seperti Tipah Tertipu, Bila Rindu, Goyang, Khayalan dan banyak lagi.

Video muzik rasmi Seperti Mereka boleh ditonton di saluran YouTube Warner Music Malaysia bermula hari ini.