Penyanyi, Mark Adam tampil dengan single terbaharu yang berjudul Amnesia selepas kali terakhir mencipta menulis dan mencipta lagu pada tahun 2006 (Marry Me).

Antara yang turut sama menyumbang dalam pembikinan Amnesia adalah Adeep Nahar dan Sahri Selamat dari Suara Academy.

Menurut Mark Adam, proses menyiapkan lagu ini memakan masa selama 3 bulan dari penciptaan lagu, lirik dan rakaman sehingga siap untuk diterbitkan.

Menariknya, lagu Amnesia yang berunsur ‘humor’ ini turut menyelitkan 12 nama artis wanita popular di Malaysia antaranya Sharifah Sakinah, Neelofa dan Izara Aishah.

Untuk kali ini, Mark Adam bekerjasama dengan syarikat rakaman Monkey Bone sebagai pengedar digital Amnesia.

Untuk memahami tentang Amnesia, sebuah muzik video berunsur komedi sudah sedia ditonton di saluran YouTube Monkey Bone.



Idea untuk menjadikan video ini diterima penonton disampaikan oleh Mark Adam dengan baik sekali.

Amnesia boleh didengari di semua platform digital Spotify, Joox, Apple Music, iTunes, KKBox & Deezer.