Penyanyi antarabangsa yang popular dengan lagu 7 Years dan Love Someone, Lukas Graham berhasrat untuk datang semula ke Malaysia untuk mengadakan sebuah konsert.

Menurut Lukas, kedatangannya ke Malaysia minggu lalu adalah sekadar untuk mengadakan showcase kepada peminat bertuah sahaja dan ia tidak diadakan pada skala yang besar.

"Persembahan saya kali ini diadakan secara tertutup kepada peminat yang terpilih sahaja, mereka berpeluang untuk menyaksikan persembahan saya secara lebih dekat.

"Saya juga berasa gembira kerana dapat bermesra dengan setiap seorang dari mereka kerana saya amat menghargai sokongan mereka terhadap karier nyanyian saya.

"Saya akan kembali ke Malaysia untuk mengadakan sebuah konsert dan sudah tentu saya akan kembali untuk menikmati makanan di sini," katanya berseloroh.

Lukas ditemui di sessi temu bual bersamanya bertempat di Maveriq Studios, Petaling Jaya petang Jumaat lalu.

Showcase yang pertama kali diadakan di Malaysia itu diadakan pada malam itu di lokasi yang sama.

Ia dianjurkan oleh Warner Music Malaysia, seramai 20 orang peminat bertuah telah terpilih untuk menyaksikan persembahan istimewa yang turut disiarkan secara live di laman Facebook HITZ itu.

Di bawah merupakan video temu bual yang Gempak sediakan untuk tontonan anda!