Penyampai radio Suria, Fizi Ali berang apabila tips memujuk isteri yang diberikan rakan penyampainya, Issey tidak berjaya. Menurut Fizi, Issey memberitahu lagu single terbaharunya berjudul Alololo boleh digunakan untuk memujuk pasangan yang sedang marah atau merajuk. Bagi menguji apa yang dikatakan Issey, Fizi telah dengan sengaja mematahkan pokok kesayangan bininya. Tindakan Fizi telah menbuat Shakilla betul-betul marah dan terus merajuk meninggalkan suaminya biarpun lagu Alololo sudah didengarkan. Fizi kemudian memberitahu dia berang dengan Issey dan menuduh rakannya itu telah menipunya kerana percubaan itu gagal. “Issey ko punya pasal aku gaduh ngan bini aku...siot ahh..alololo apooo!!hmm sorry sayang...” tulisnya. Fizi berkongsi perkara itu di akaun Instagram (IG) miliknya. Menerusi entri tersebut, Fizi memuat naik video uang menunjukkan percubaan tersebut. View this post on Instagram @isseyfazlisham ko punya pasal aku gaduh ngan bini aku...siot ahh..alololo apooo!!hmm sorry sayang😭😭😭 @shakillakhoriri A post shared by Fizi Ali (@fizialisuria) on Jan 18, 2019 at 11:02pm PST Issey kemudian membalas entri tersebut dengan seloroh memberitahu Fizi salah menggunakan lagu “Aduh...kau ni salah guna lagu Alololo ni ahahaha,” tulisnya. View this post on Instagram Aduhh. Kau ni salah guna lagu alololo ni. Hahahah.. #Repost @fizialisuria with @get_repost ・・・ @isseyfazlisham ko punya pasal aku gaduh ngan bini aku...siot ahh..alololo apooo!!hmm sorry sayang😭😭😭 @shakillakhoriri #alololo A post shared by issey (@isseyfazlisham) on Jan 18, 2019 at 11:37pm PST Rata-rata pengikut terhibur dengan gelagat mereka.
"Saya Doakan Dia Bahagia & Wanita Itu Menerimanya Seadanya" - Syifa Melvin Nafi Bercinta Dengan Fendy Bakry 20 Feb 2019
"Zaman Sekarang Ramai Orang Tak Reti Hantar Email & Tiada Adab Untuk Berkomunikasi Ke?" - Fazley Yaakob 20 Feb 2019
Upah Bintang Filem Porno Untuk Model Fendi, Ini 10 Perkara Tentang Lagenda Fesyen Dunia Karl Lagerfeld 20 Feb 2019
"Janganlah Memain Dengan Benda-Benda Macam Ni, Puncanya Sikit Je Tapi ....." - Feeya Iskandar Kongsi Pengalaman Dimasukkan Ke CCU 10,607