TUTUP

“In Labor From 4 AM To 6 PM.... ” – Betty Rahmad Selamat Bersalin

Hiburan
“In Labor From 4 AM To 6 PM.... ” – Betty Rahmad Selamat Bersalin
Pelakon Betty Rahmad selamat melahirkan putera sulungnya pada jam 6:29 petang semaam (19 Januari 2019).
 
Betty berkongsi berita gembira itu menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya hari ini.
 
Adik kepada aktres Erma Fatima dan Umi Aida ini memilih nama Ardy Wira untuk bayi comely ag dilahirkan seberat 3.26 kg itu.
 
“Salam uncles & aunties! Alhamdulillah syukur saya selamat melahirkan our lil hero Ardy Wira pada 19.1.19 at 6:29pm (i was in labor from 4am to 6pm from 3cm dilated to 10cm without epidural) and his weight is 3.26kg.
 
 “Allahuakbar takkan lupa sampai bila-bila haha! Anyways terima kasih semua selalu mendoakan kami syukur baby dan mummy all good,” coretnya.
 
Betty juga memaklumkan akan berkongsi foto anak lelakinya itu selepas habis tempoh berpantang.
 
“Will share his pictures bila dah habis pantang ya! 🙏 #bettyanddamisjunior #ardywira #bettyanddamis,” tulisnya.
 
Dalam pada itu, ruangan komen foto tersebut dihujani dengan ucapan tahniah dan selamat berpantang oleh pengikutnya.
 
Terdahulu, Betty dan Ardy bernikah di Glamhall, Damansara Perdana tepat jam 8.47 malam pada 4 Februari lalu.
 
 Foto: Instagram @bettyrahmad
 

Artikel Berkaitan