Justin Bieber dan Hailey Baldwin memutuskan untuk mengadakan majlis perkahwinan pada Mac selepas beberapa kali mengubah tarikh majlis berkenaan.

Menurut TMZ, pasangan itu sengaja memilih tarikh itu kerana pelantun lagu Love Yourself itu berhasrat untuk bergelar suami pada usia genap 25 tahun.

Justin dan Hailey, mempunyai keluarga di Pantai Timur dan Kanada dan mereka pada mulanya merancang untuk mengangkat sumpah perkahwinan di sana tetapi telah mengubah rancangan kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Antara mereka yang telah menerima e-mel berhubung upacara keagamaan Save the Date termasuk Kylie Jenner dan Travis Scott.

Pasangan sejoli tersebut dikatakan telah menghantar tiga kad Save the Date yang berbeza setakat ini, tetapi bertekad untuk tetap dengan perancangan kali ini.

Pasangan itu mengikat tali perkahwinan dalam upacara rahsia pada bulan September tetapi merancang untuk mengakat sumpah lagi di hadapan teman dan keluarga mereka di Los Angeles 1 Mac ini.

Justin mengesahkan perkahwinannya dengan Hailey di laman instagram beliau dan berhasrat untuk berkongsi momen terindah ini bersama keluarga dan rakan-rakan dengan mengadakan majlis kesyukuran pada bulan November 2018.

Sumber: Astro Awani / TMZ
Foto: W Magazine / Getty