TUTUP

“Kahwin? Tunggu Dululah Rumah Pun Tak Ada Lagi” – Syamel

Hiburan
“Kahwin? Tunggu Dululah Rumah Pun Tak Ada Lagi” – Syamel
Penyanyi, Syamel tidak memikirkan mengenai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Menurut Syamel dia mahu memberikan fokus terhadap kerjaya terlebih dahulu.

“Bila nak kahwin? Tunggulah dulu rumah pun tak ada lagi. Saya baru berumur 25 tahun dan sekarang pun masih tinggal bersama keluarga lagi.

“Janganlah tanya fasal kahwin, susah la nak jawab tu,” katanya berseloroh.

Bercakap mengenai fizikalnya, Syamel memberitahu dia kini dalam proses menguruskan badan.

“Badan saya jenis seminggu boleh kurus, seminggu boleh gemuk. Jadi kalau boleh ingin kekalkan beratkan sebab saya akan memasuki satu pertandingan besar tidak lama lagi.

“Sebab itu saya mahu jadi fit. Niat untuk kuruskan badan ini tidak disuruh oleh sesiapa sebaliknya ini inisiatif saya sendiri.

“Untuk kekal fit, saya kerap bermain futsal selain ke pusat kecergasan, kebetulan trainer di sana adalah kawan saya, jadi situasi seronok dan lebih bersemangat untuk bersenam,” ujarnya.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Foto: Instagram @syamel_official
 

Artikel Berkaitan