Selepas kejayaan dengan kemunculan single Ragaman, penyanyi popular Faizal Tahir kini tampil dengan lagu terbaru berjudul Bisa Aja.
Gandingan trio komposer terkenal Faizal Tahir, Mike Chan dan Ezra Kong dalam ‘Bisa Aja’ ini sekali lagi mencipta sajian muzik yang segar serta membuka lembaran 2019.
Gubahan muzik ‘Bisa Aja’ menyuntik elemen ‘country pop’ dan rock malah turut menampilkan petikan gitar solo oleh Faizal.
Lebih menarik lagi, apabila judul serta struktur lirik lagu ini menggunakan istilah atau slanga bahasa Indonesia. Sebagai bangsa serumpun di Nusantara ini, Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia berkongsi banyak perkataan dan istilah yang sama, namun istilah bahasa Indonesia seperti ‘bisa aja’ dan ‘mahu bicara’ malah istilah bahasa Inggeris ‘cell phone’ lebih sinonim digunakan di negara jiran Indonesia.
Faizal yang memang terkenal dengan gimik dan konsep yang tersendiri, telah menyebabkan ramai peminatnya berasa hairan dengan pendekatan terbaharunya ini, apatah lagi jika disorot laman media sosialnya, Faizal turut menimbukan pelbagai tanda tanya apabila menampilkan video dan gambarnya ketika berada di Jepun sebagai teaser lagu ini.
Bagi mendapatkan kepastian tentang apa yang cuba disampaikan oleh Faizal dalam lagu ini, nantikan video muzik rasmi lagu ‘Bisa Aja’ yang dijangka akan keluar tidak lama lagi.
Lagu Bisa Aja ini diterbitkan oleh syarikat rakaman milik Faizal sendiri iaitu Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar.
Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 18 Januari 2019.
Asraf Aided
Fri Jan 18 2019
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.
Ini Sebab Kenapa Majlis Pernikahan Syasya Rizal Diadakan Secara Tertutup
Anggota kumpulan DOLLA iaitu Sabronzo, Tabby dan Angel mengakui masih lagi berhubung baik dengan Syasya.
Ieda Moin anak tak dapat keluar lokap | YES TUAN EP 1
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Lelaki Serang Kamal Adli Mengaku Bersalah, Dihukum Penjara Selama 2 Tahun
Lelaki yang menyerang pelakon, Kamal Adli menggunakan belantan di Singapore Expo pada Mac tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu oleh mahkamah Singapura pada Khamis. Tertuduh yang dikenali sebagai Muhammad Nabil Rashid, 34, yang juga warga Singapura pada 31 Januari lalu mengaku bersalah atas satu pertuduhan
Tom Dedah Sarah Yasmine Hubungi Fuad Rahman Sejak Tahun 2022, Ini Cerita Sebenar...
Fuad pula keluarkan kenyataan.
Sheriff: Raih RM22.1 Juta Dalam 7 Hari Tayangan Rasmi, Netizen Ucap Tahniah! - “Filem Paling Best 2024!”
Sheriff power! Alhamdulillah.
Aliff Aziz Kantoi Tiada Lesen Memandu, Ruhainies Arah Jangan Pulangkan Kereta Bella
Pendedahan kekasih gelap pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, Sarah Yasmine baru-baru ini berjaya mendapat perhatian ramai.
Cikgu bahasa Korea pening ajar Bapak Bapak | Projek Bapak Bapak S3
Macam-macam hal Bapak Bapak ni. Cikgu bahasa Korea pun pening.
Saksikan #TravelLawakBapakBapakS3 setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #astrobaharu
Saksikan #TravelLawakBapakBapakS3 setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #astrobaharu
Aliff Aziz Tak Mengaku Masih Sayang Bella, Tuduh Wartawan Putar Belit Cerita?
Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz menafikan bahawa dia pernah mengeluarkan kenyataan masih sayang terhadap Bella Astillah ketika enggan menceraikan isterinya itu pada sebutan penceraian mereka pada 4 April lalu.