Pelakon Fauzi Nawawi akui ‘dating’ atau keluar bersama isteri, Lisdawati adalah rahsia kebahagiaan rumah tangganya.

Menurut Fauzi, rasa cinta antara suami isteri perlu sentiasa dipupuk untuk kekal bahagia.

“Sekali sekala dating rasa macam mula bercinta ...lesen cinta perlu selalu perbaruhi utk kekal sweet,” tulisnya.

Fauzi berkongsi tips tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri yang sama dia memuat naik foto bersama Lisda di dalam kereta.

Rata-rata turut memuji kebahagiaan pasangan tersebut dan mendoakan agar terus bahagia.

Pasangan ini sudah mendirikan rumah tangga sejak 11 tahun lalu.

Fauzi dikurniakan lapan orang cahayamata, yang mana empat daripadanya adalah dari perkahwinannya yang terdahulu.

Sekali sekala Dating rasa macam mula bercinta ...lesen cinta perlu selalu perbaruhi utk kekal sweet ??? #luvmyfamily

A post shared by FauziNawawi2016 (@fauzinawawi_new) on