Masakan dan hidangan di Johor kebanyakkannya dipengaruhi dari Tanah Besar Arab serta kepulauan-kepulauan Melayu yang berhampiran.

Terdapat sesetengah makanan ini, yang ramuannya begitu unik dan begitu sukar untuk di dapati di negeri-negeri lain.

Kadang kala juadah-juadah enak dari negeri Selatan ini hanya boleh didapati dimajlis-majlis rasmi serta keraian tertentu sahaja.

Ada juga dikalangan anak-anak kelahiran negeri Johor Darul Takzim ini tidak mengenali makanan-makanan tradisi mereka

Berikut merupakan 10 jenis hidangan dan makanan yang wajib anda cuba dan nikmati dengan penuh selera....

1.Laksa Johor

Makanan yang berasal dari Johor. Ianya berbeza dari laksa penang kerana menggunakan santan kelapa untuk kuahnya.

2.Mi bandung

Ia juga masakan yang berasal dari negeri Johor dan amat terkenal di Muar. Perkataan ‘bandung’ tidak berasal dari Bandung, Indonesia tetapi membawa maksud pelbagai bahan-bahan yang disatukan dari pelbagai rencah.

3.Mi rebus

Makanan terkenal yang terkandung mi yang di celur dan di hidangkan bersama kuahnya tersendiri, telur rebus dan bahan sampingan.

4.Arisa

Sejenis makanan unik yang jarang-jarang di temui sekali pun di Johor. Ianya biasa di hidangkan ketika majlis-majlis rasmi bagi golongan elit.

5.Sate

Makanan kegemaran yang buakan lagi menjadi kegemaran warga Johor malah Malaysia. Daging lembu atau ayam berempah (kini dengan pelbagai jenis daging seperti rusa dan kambing) yang di bakar ini, boleh diperolehi di dalam mana-mana sahaja sekitar Johor.

6.Telur pindang

Amat popular di majlis-majlis perkahwinan. Telur pindang ini adalah telur ayam yang di rebus selama beberapa jam bersama-sama rempah dan daun-daun.

7.Roti Kirai/Roti Jala

Nama ini bersesuaian dengan rupanya yang seakan jala. Ianya di buat daripada adunan tepung dengan menggukan bekas acuan yang berlubang dan di masak di kuali leper.

Kari ataupun serawa (santan yang di masak bersama gula merah/melaka dan daun pandan) menjadi sos yang dimakan bersama.

8.Burasak

Sejenis makanan orang-orang bugis. Beras yang di bungkus dengan menggunakan daun pusang muda dan di masak besama santan. Boleh di dapati pada hari perayaan samada hari raya puasa atau hari raya korban.

9.Nasi Ambeng

Ambeng merupakan makanan tradisional penduduk tempatan di Johor dan ianya popular dikalangan masyarakat Jawa yang tinggal di pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Nasi Ambeng juga berasal daripada Pulau Jawa yang terletak di Indonesia dan hari ini terbukti sebahagian daripada penduduk Pulau Jawa masih menikmati hidangan Nasi Ambeng ini.

10.Nasi Briyani Gam

Kalau berkunjung ke Batu Pahat Johor anda semua mesti mencuba hidangan Nasi Beriyani Gam.Nasi Beriyani Gam juga dikenali sebagai Nasi Beriyani Dam atau Dum.

Nasi Beriyani dimasak dengan ketulan daging yang diperap semalaman bersama beras.Apabila Nasi ini siap nasi ini akan berbau rempah,dan rasa lemak manis yang dihasilkan oleh daging tersebut.

Sejarah kemasukan resepi ini melalui Kesultanan Melayu Johor-Linggi,rakyat Johor memperharui resepi ini ke selera Melayu dan terjadilah Nasi Beriyani Gam ini.

Sumber Wikipedia