Pelakon Memey Suhaiza akui tidak percaya apabila pengikut laman sosial Instagram (IG) miliknya kini mencecah satu juta.

Menerusi posting terbarunya, Memey meluahkan rasa terharu dan berterima kasih kepada peminat yang mengikuti perkembangannya di akaun media sosial itu.

“Assalammualaikum, petang tadi saya tengok IG saya satu juta.

“Macam tak percaya... Saya nak ambil peluang ni untuk ucap terima kasih sebab sudi bersahabat dengan saya dekat IG ni ya.

“Maaf kalau terkurang, terlebih untuk IG posting saya.

“Tak banyak yang nenarik. Sikit-sikit fasal personal saya. Banyak fasal family, kerja, perjalanan saya bersama @ephyra2u.

“Itulah rutin saya setiap hari, terima kasih kerana sudi mengikuti perkembangan saya,” tulisnya.

Assalammualaikum ?petang td sy tgk ig saya 1 M ☺️ Mcm tak percaya..☺️ Sy nak ambil peluang ni utk ucap TQ sbb sudi bersahabat dgn sy kat ig ni ye❤️ Alhamdulillah.. Maaf klu terkurang terlebih utk posting ig sy?☺️?? Tak byk yg menarik ..sikit2 pasal personal sy..Byk pasal family, kerja.. @meylana_ n journey sy bersama @ephyra2u ❤️ Itulah rutin sy setiap hari.. Terima kasih sbb sudi ikuti perkembangan sy.. . . Ps: cuba comment kat bawah siapa yg dah lama follow sy n siapa yg kategori baru? & ada tak yg masih setia dr zaman sy baru buat ig????

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

Memey yang juga isteri kepada pelakon Norman Hakim ini telah memuat naik lebih 7000 posting sejak akaun itu dibuka.

Foto: Instagram @memeysuhaiza