TUTUP

"Jangan Malas-Malas, Makeuplah Sikit, Orang Perempuan Jangan Basi-Basi Tau" - Diana Rafar Kongsi Pesan Emak Buat Netizen Sebak

Hiburan

Penyanyi Diana Rafar mengakui masih segar segala pesan yang dikatakan oleh emaknya, Allahyarhamah Rasimah Abdul Rahman.

Menerusi entri di Instagram (IG), Diana berkongsi kata-kata yang sering diingatkan oleh emaknya sehingga membuatkan netizen berasa sebak.

"Makin lama makin rindu. Kadang terlupa, eh mak dah takda ke? Adik. Adik dah makan? perut tu jangan kosong, makan sikit buat air makan dengan biskut, tiap pagi pesanan yang sama tak jemu-jemu mak pesan.

"Adik muka tu jangan botak, jangan malas-malas, makeuplah sikit orang perempuan jangan basi-basi tau. Allah hu Mak! Terdengar dengar suara mak lagi. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Makin lama makin rindu.. kadang terlupa... eh... mak dah takde ke? “Adik... adik dah makan? perut tu jangan kosong, makan sikit buat air makan ngan biskut” .... tiap pagi pesanan yg sama tak jemu2 mak pesan... “adik muka tu jangan botak , jangan malas2, makeup lah sikit org perempuan jangan basi2 tau” ...Allah hu😢mak !!!terdengar dgr suara mak lagi... “ mak! Adik ada rezeki nak masuk ni mak tolong doakan adik ya, Ya Allah kau jadikan lah anak ku diana jutawaan beriman amin...” itulah doa mak pd diana selama ni,subhanallah kuat kan lah aku ya Allah hilang doa seorang ibu kini... mak !moga Allah perkenankan setiap doa mak utk anak2 mak selama ni ya Amin .... Adik harap sgt mak dapat jumpa arwah abah kat sana, jumpa cucu mak memen kat alam sana... moga Allah pilih mak dpt duduk di taman syurga bersama org2 yg beriman... sunyi sgt rasa mcm hilang nikmat nak buat apa pun lain,memang adik redha mak.. tp rindu sgt nk borak ngan mak. Byk benda adik nk share 2019 ni byk plan tapi tak tau lah mak.. klu tdk memang akan citer kat mak dulu😭😭😭 Ya Allah tuhan ku yg maha mendengar lagi maha baik.. jaga kan mak ya Allah .. ampunkan dosa mak ya Allah , hitunglah zikir dan sedekah nya selama ni ya Allah ... aku saksi ya Allah mak terlalu byk bersedekah selalu zikir moga kau terima ya Allah ... moga syurga buat ibu ku Rasimah bt abd rahman.. Al fatiha😥 # credit video ni pd @izzathaiqal_ dia lagi teruk sedihnya rindu mak

A post shared by Diana Rafar (@dianarafar) on


"Mak! Adik ada rezeki nak masuk ni mak tolong doakan adik ya, Ya Allah kau jadikanlah anak ku Diana jutawaan beriman amin. Itulah doa mak pada Diana selama ni.

"Subhanallah kuatkanlah aku ya Allah hilang doa seorang emak kini. Mak! Moga Allah perkenankan setiap doa mak untuk anak-anak mak selama ni ya Amin. Adik harap sangat mak dapat jumpa arwah abah kat sana, jumpa cucu mak Memen kat alam sana.

"Moga Allah pilih mak dapat duduk di taman syurga bersama orang-orang yang beriman. Sunyi sangat rasa macam hilang nikmat nak buat apa pun lain, memang adik redha mak," tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata peminatnya memberikan kata-kata semangat dan berharap agar dia tabah menghadapi dugaan ini.
 
Terdahulu, difahamkan tangan kiri emak Diana terpaksa dipotong akibat mengalami kuman di tangan kiri dan telah merebak ke dalam darah pada 12 Disember tahun lalu dan disahkan meninggal dunia pada 11 Januari lalu.

Artikel Berkaitan