TUTUP

Mamat Khalid Terpaksa Berehat Seketika

Hiburan
Mamat Khalid Terpaksa Berehat Seketika
Kelibat pengarah filem terkenal, Mamat Khalid berkerusi roda ketika hadir dalam satu acara hiburan menimbulkan tanda tanya sama ada dia mempunyai masalah kesihatan.

Jelasnya, sejak sebulan lalu dia mengalami masalah kencing tidak lawas yang menyebabkannya terpaksa berehat seketika. 

“Ia juga melibatkan buah pinggang yang berkemungkinan berpunca dari masalah kencing,” katanya kepada Astro Gempak. 

Mamat hadir memberi sokongan kepada rakannya, Aziz M Osman ketika tayangan perdana filem XX Ray III di Mutiara Damansara, Selangor malam tadi.

Buat masa ini, Mamat masih menetap di Tanjung Malim, Perak untuk menguruskan bisnes Sarang Art Hub. 

Dalam pada itu, pengarah filem Hantu Kak Limah ini memberitahu sambutan pementasan Teater Muzikal Hantu Kak Limah di MAPS Theatre, Movie Animation Park Studio, Ipoh Perak pada penghujung tahun lalu berjaya menarik perhatian ramai pengunjung.

“Sambutan cukup memberangsangkan sehingga persembahan pada setiap hari penuh.

“Menariknya, kebanyakan pengunjung yang datang bukan dari penduduk tempatan,” katanya.

Atas sambutan itu, Mamat mengatakan dia bersama penganjur merancang untuk mengadakan pementasan teater tersebut sekali lagi untuk tahun ini dalam masa terdekat. 

Teks oleh: Elrafaei Sapi 

Foto: IG @khalidmamat
 

Artikel Berkaitan