Penyanyi dan juara program Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah berkongsi kisah mengalami gangguan makhlus halus ketika berada di sebuah hotel di Bangkok, Thailand.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Menurut Aishah, dia mengalami gangguan mistik itu sejak hari pertama menginap di hotel tersebut.

"Aduh, dia main campak-campak barang pula dalam bilik air, tutup pintu, mainkan pandangan hingga nak jatuh.

"Pasang ayat ruqyah pun ditutup beberapa kali, dari hari pertama lagi.

"Allah maha agung, sesungguhnya tiada kuasa melebihi kuasaNya, kita sama-sama makhluk, jangan ganggu boleh tak?" tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Aishah turut memaklumkan dia akan meninggalkan tempat itu dan kembali ke Kuala Lumpur hari ini.

Aduuuh dia 'main' campak2 barang pulak dalam bilik air,tutup2 pintu,mainkan pandangan hingga nak jatuh,pasang ayat ruqyah pun ditutup beberapa kali huhuhuhu.Dari hari pertama lagi,Allah Maha Agung,sesungguhnya tiada kuasa melebihi kuasaNYA.Kita sama2 makhluk,jangan ganggu boleh tak,esok dah nak balik dah pun...Nak baliiiiikkk,cepatlah siang hahahahaha Allahu!!!

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on