Pengikut laman sosial Instagram (IG) Niena Azman tidak dapat menahan sebak menonton video saat isteri gitaris kumpulan Kristal, Rody itu melahirkan putera sulungnya.

Niena menerusi kemas kini terbaru di IG telah memuat naik video pendek yang merakamkan momen paling bermakna dalam hidupnya.

Video tersebut merakamkan Niena sedang bertarung untuk melahirkan puteranya yang diberi nama Adithya Jabbar.

Menerusi entri tersebut, Niena menyatakan rasa syukur kerana berpeluang merasai pengalaman melahirkan cahaya matanya.

“Adithya Jabbar bin Muhamad Rodi. Help me to describe what you see in this video.

“Ya Allah, sesungguhnya kau cipta kesakitan dan kau balas dengan keindahan yang tidak terhingga.

“Thanks pada yang wish dan mendoakan baby Adith tak terbalas semua kata-kata,” tulisnya.

Adithya Jabbar Bin Muhamad Rodi Help me to describe what u see in this video.. Ya Allah sesungguhnya kau cipta kesaktikan dan kau balas dgn keindahan yg tak terhingga.. Thanks pd yg wish dan mendoakan niena dan baby Adith tak terbalas semua kata-kata ??? ❤️ #imgolie #mrsgolie . . ? @tqafadzil

A post shared by Nur Izwani ? Dekno ? (@niena_azmann) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat detik-detik bernilai itu.

Lebih-lebih lagi ketika momen Niena yang sedang menahan sakit ditenangkan oleh Rody dengan mencium dahinya penuh kasih sayang.






Terdahulu, Niena selamat melahirkan putera sulung secara normal, jam 9:34 malam pada 14 Januari lalu.

Foto: Instagram @niena_azmann