#10yearschallenge menyaksikan pelbagai wajah throwback selebriti di laman sosial sejak semalam.

Tidak terlepas, pelakon Abby Abadi yang turut berkongsi gambarnya sekitar tahun 2009.

Bagaimanapun, menariknya tentang cabaran yang disahut Abby itu, pelakon drama bersiri Gerak Khas itu turut berpesan pada dirinya sendiri yang pernah terleka suatu ketika dahulu.

"Gambar first masa awal-awal jadi ibu tunggul, hihi.. Antara 2009/2010 kot..

"Tak insaf juga lagi masa ni. Tapi gambar tu bertudung sebab pergi ke program agama untuk stesen TV (bila ada program/majlis agama je baru pakai, kalau tak ke laut).

"Gambar kedua semalam lah (15/1/2019) hehe.. Masih hokeykan? Cuma lelemak je berlebihan. Insha-Allah akan diperbaiki," tulisnya.

Tambah Abby, dia bersyukur diberikan keizinan Allah untuk berubah ke arah menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.

"Ramai yang bangga bila nampak sama macam dulu. Eh! takde beza, ehhh awet muda.

"Rambut cantik mergerbang indah katanya.. walhal dalam tak sedar, masih leka dan terus terleka dengan dunia

"Bersyukur sangat-sangat saya ni sebenarnya.. Allah tak matikan saya dalam keadaan saya lupa yang saya ni hamba Dia.

"10 tahun dulu dengan sekarang, saya bukan lagi orang yang sama, dengan macam-macam ujian yang menimpa, dengan emosi yang tak menentu, dengan anak-anak yang masih kecil masa tu.

"Allah selalu ada dan selalu beri peringatan untuk saya kembali pada Dia walhal masa tu saya sesat barat," tambahnya.

Nakkk jugekkk #10yearschallenge ? #AbbyAbadi #YebbyYabadi #Yehaaa ? . Gambar 1st masa awal2 jadi ibu tunggul, hihi.. Antara 2009/2010 kot.. tak insap juga lagi masa ni. Tapi gmbr tu bertudung sbb pergi ke program agama utk stesen tv (bila ada program/majlis agama je baru pakai, kalau tak ke lautttt ?) . Gambar kedua semalam lah (15/1/2019) hehe.. Masih hokeykan? cuma lelemak je berlebihan. InshaALLAH akan diperbaiki hihi ? . Ramai yg bangga bila nampak sama macam dulu. Ehh takde beza, ehhh awet muda.. rambut cantik mergerbang indah katanya.. walhal dlm tak sedar, masih leka dan terus terleka dgn dunia ? . Bersyukur sangat2 Sy ni sbnrnya.. ALLAH tak matikan Sy dalam keadaan Sy lupa yg Sy ni hamba DIA. Dan Alhamdullillah, ALLAH izinkan.. 10 tahun dulu dgn skrg, Sy bukan lagi org yg sama. Dgn mcm2 ujian yg menimpa, dgn emosi yg tak menentu, dgn anak3 yg masih kecil masa tu, ALLAH selalu ada & selalu beri peringatan utk Sy kembali pada DIA walhal masa tu Sy sesat barat ? . Awal2 bercerai tak sedar lagi. Dah kena sekali lagi, baru mcm terasa bila nak abis bodoh aku ni. Buat baikpun org dajeii kan juga huhu.. Dan akhirnya 2012, ALLAH hadiahkan sesuatu pada Sy. Dan inilah Sy hari ni. Nampak mcm dah sedar diri sikit kan? Hihi... dulu dosa pahala, semua ambil mudah. Solat kelaut dalam, Aurat ke laut china selatan. Bila nak taubat? Tua nanti taubatlah kata Sy. Yakinnya Abby Abadi waktu tu. Comfirm ke sempat tua tu? Huhu... Itulah antara sebab utama kenapa bila ALLAH bagi hidayah petunjuk pada Sy, Sy usaha jaga sebaiknya & Sy usaha juga utk keluarga & Sahabat handai Sy ? . Takutlah dengan azab ALLAH Sahabat. ALLAH suruh solat, solat. ALLAH suruh jaga aurat. Jaga. Jangan bagi alasan yg tah apa2. Takut nnti takde rezeki? Rezeki tu pun DIA yg punya. Jadi yakin dan percayalah yg sesungguhnya rezeki halal dan berkat itu lebih baik utk kita & keluarga kita ? . Ps: Banyak lagilah Sy nk cerita utk pedoman bersama tp sbb dah lama sangat byk yg lupa, file2 lamapun banyak dah delete dan ada yg dah bakor.. kita bakorr kita bakorr? nanti ada masa, ada rezeki kita sambung ye. Yg Sy minta skrg kita sama2 berubah jadi lebih baik dari hari2 sebelumnya. Wallahuallam. Lebiuu Lilahi Taala ?

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on