Heboh di media sosial dengan cabaran terbaharu iaitu #10YearsChallenge. Bayangkan, pelbagai platform media sosial dihiasi dengan foto tahun 2009 dan perbezaannya dengan foto tahun 2019.

Menariknya, pelbagai lapisan masyarakat tidak kira umur dan bangsa juga tidak melepaskan peluang menyahut cabaran tersebut.

Namun begitu, cabaran #10YearsChallenge yang dimuat naik oleh pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar berbeza daripada kebiasaan.

Shuk memuat naik foto pelakon kacak Zul Ariffin yang dibandingkan dengan foto dirinya.

"Alhamdulillah dalam 10 tahun ni abang tak banyak beza #10YearsChallenge," tulis Shuk di ruangan kapsyen.

alhamdulillah dalam 10 tahun ni abg x byak beza #10yearschallenge

A post shared by Shukri Sahar (@shuk_hotfm) on


Menariknya, entri terbabit mendapat perhatian Zul sendiri.

Zul memuat naik foto terbabit di ruangan Instagram Stories miliknya.

"Paling win! Saya undi 10,000,000 kali!" tulis Zul.



Dalam pada itu, selebriti tempatan juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi foto-foto mereka di tahun 2009 bagi melihat perbandingan wajah 10 tahun lalu dengan yang terkini.

BACA: #10YearsChallenge : Selebriti Kongsi Foto Tahun 2009, Berbeza Sungguh!

Dalam perkembangan lain, Zul bakal muncul dalam filem Misteri Dilaila terbitan Skop Production dan Astro Shaw.

Selain Zul, filem arahan Syafiq Yusof itu dibintangi oleh Datuk Rosyam Nor, Elizabeth Tan, Sasqia Dahuri, Mas Khan, Nam Ron dan ramai lagi.

Filem Misteri Dilaila bakal menemui penonton pada 21 Februari ini.