Selepas pelakon Bella Dally mengumumkan yang dia sudah pun mengikat tali pertunangan pada 12 Januari lalu, Instagram milik aktor Nazim Othman terus dipenuhi komen daripada netizen mengenai hal tersebut.

Rata-rata terkejut dengan berita tersebut kerana mereka menyifatkan tempoh lapan bulan selepas mereka bercerai adalah singkat.

Malah menerusi komen yang diturunkan, mereka tidak menyangka Bella terlalu cepat untuk mencari pengganti dan bertunang.

Bagaimanapun mereka turut mendoakan agar Nazim juga akan mengecapi bahagia sama seperti Bella dan terus kuat menerima berita pertunangan itu.


Terdahulu, Nazim mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 10 September 2016 namun mahligai yang dibina selama dua tahun berakhir tahun lalu.

So many people try to read me. Ok. Read me based on this selfie.

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on