Penyanyi Black Hanifah mahu mengawal dan sedikit menyekat publisiti untuk dua orang anaknya, Khaleef Dayyan dan Rindu Dayyana pada tahun ini.

Menurut Black, dia mahu berbuat demikian kerana mahu Khaleef menumpukan perhatian dalam pendidikan memandakan dia sudah mula bersekolah pada tahun ini.

"Sebelum ini Khaleef memang aktif menyanyi dan mengikut saya membuat persembahan, tetapi tahun ini kalau boleh saya nak sekat sedikit publisiti untuk anak-anak saya.

"Ia disebabkan Khaleef sudah mula bersekolah, saya mahu dia tumpukan perhatian dalam pelajarannya, Rindu pula masih kecil, biarlah dia membesar dahulu dan barulah saya dapat tahu apa yang disukainya.

"Saya harap semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan," katanya kepada Gempak.

Dalam perkembangan lain, Black sedang merancang untuk mengadakan dua buah konsert iatu di Singapura dan Kuala Lumpur yang bakal menemui peminatnya dalam tahun ini.