Setelah dua minggu berturut-turut diberikan lagu Melayu Asli, peserta Ceria Popstar, Hazmil bakal diuji dengan tema Rock untuk konsert keempat malam ini.

Hazmil atau nama sebenarnya Hazmil Hasnan akan menyampaikan lagu berjudul ‘Pokok’ nyanyian asal oleh Hazama.

Disebabkan Hazmil telah menyampaikan ganre yang sama di konsert kedua dan ketiga, ramai diantara peminat Hazmil meluahkan rasa teruja untuk mendengar kelunakan suaranya ketika mendendangkan lagu tersebut.

Peserta berusia 11 tahun itu menerusi akaun Instagramnya mengucap terima kasih kepada penyokong setia yang tidak putus asa memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Selain Hazmil, enam peserta Ceria Popstar iaitu Aniq, Irfan, Eylia, Reza, Jun dan Sistar juga diberikan lagu-lagu yang mencabar kehebatan vokal masing-masing.

Jangan lupa untuk menyaksikan Konsert keempat Ceria Popstar malam ini bermula jam 9.00 malam hanya di Astro Ceria (saluran 611), Astro Maya HD (saluran 135) dan Astro Prima (saluran 105).

Ceria Popstar 2016 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Raja Azura selaku juri undangan.

Manakala penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dan Awie pula menggalas tangungjawab sebagai juri tetap.

Pengacara tersohor tanahair, Datuk Aznil Haji Nawawi bertindak selaku penaung dan ‘father-figure’ kepada program ini.

Sementara itu, Alam Wakaka dipilih sebagai koreografer manakala Sarah Ismail, bertindak selaku guru vokal Ceria Popstar 2016.

Berikut merupakan senarai lagu yang diberikan kepada para peserta Ceria Popstar:

Sistar (duo): I Hate Myself For Loving You (Joan Jet)

Irfan: Darah Muda (Bunkface)

Eylia: Mengapa (Nicky Astria)

Reza: Rozana (Search)

Jun: Pengemis Cinta (Ella)

Aniq: Ingatkan Dia (Wings)

Hazmil: Pokok (Hazama)