Pelakon Fazura mendedahkan dia menginginkan sebuah muzik video yang menyunting semangat kepada penonton apabila menontonnya.

Menurut Fazura, walaupun muzik video itu menelan bajet yang tinggi namun yang terlibat adalah di kalangan kenalannya juga.

"Ketika ditanya oleh pihak Universal Music Video mengenai muzik video, saya menterjemahkan dengan menginginkan sebuah muzik video yang memberi semangat kepada penonton.

"Tak guna hanya lagu yang memberi semangat namun muzik video hanya di tepi-tepi langsir.

"Saya ingin membuat aksi baring, menari-nari untuk kali ini.

"Pada asalnya bajet lebih tinggi, Alhamdulillah untuk muzik video ini yang terlibat adalah di kalangan rakan-rakan saya juga.

"Walaupun ramai yang beranggapan muzik video itu dilakukan di luar negara, namun dengan bangganya saya berkata ia di Malaysia," katanya.

Fazura ditemui semasa majlis pra-tonton video muzik lagu terbaharu yang berjudul Can't Forget Me yang diadakan di Lightbox, Sungai Buluh.

Tambah isteri kepada aktor Fattah Amin, dia mengaku agak terkejut apabila menerima anugerah Platinum menerusi jualan album bertajuk Fazura.

"Apabila mendapat anugerah Platinum ini, semestinya saya tidak menyangka memandangkan saya seorang penyanyi baru di dalam industri muzik.

"Ini adalah hadiah untuk tahun baru saya," katanya lagi.

Single terbaru Fazura ini mendapat sentuhan komposer dari Los Angeles, Will Beaman bersama Cameron Forbes dan muzik videonya pula diarahkan oleh Fabian Joseph.

Lagu dan muzik video Can't Forget Me bakal dilancarkan pada 18 Januari ini di semua pelantar digital termasuklah iTunes, Apple Music, Spotify, Deezer, JOOX dan KKBOX.