Pelakon popular sinetron Bawang Putih Bawang Merah iaitu Revalina S Temat telah selamat melahirkan bayi keduanya di sebuah pusat perubatan Jakarta pada 11 Januari lalu.

Menerusi laporan Liputan6.com, Revalina selamat melahirkan bayi seberat 3.60 kilogram secara pembedahan.

"Saya sebanarnya ingin melahirkan secara normal tapi pada saat akhir doktor menasihati saya untuk bersalin secara pembedahan demi keselamatan ibu dan bayi.

"Ini merupakan kali kedua saya melahirkan secara pembedahan walaupun saya mahu melahirkan secara normal.

"Alhamdulillah, walaupun melahirkan secara pembedahan semuanya telah selamat dan saya bersyukur," katanya kepada Liputan6.com.

Sebelum ini, Revalina akui berat badannya pernah mencecah sehingga 23 kilogram ketika hamil anak pertamanya.

Revalina telah bernikah dengan suaminya, Rendy Aditya Gunawan pada Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak bernama Rihga Sadiwasakti Rabbani.