TUTUP

"Memohon Ampun & Maaf Andai Ada Terkasar Bahasa Atau Menyinggung Perasaan Sesiapa" - Tunai Umrah, Mila Jirin Mohon Doa Peminat

Hiburan

Penyanyi dan bekas Juara Akademi Fantasia musim kelima,  Mila Jirin dan suaminya, Ahmad Ailis akan berangkat ke tanah suci Mekah hari ini bagi menunaikan ibadah umrah.

Menerusi entri Instagram (IG), Mila mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua dan meminta peminatnya supaya mendoakan perjalananya ke tanah suci akan dipermudahkan.

"Saya dan suami ingin memohon Aampun dan maaf andaikata ada terkasar bahasa atau menyinggung perasaan sesiapa.

"Doakan saya dan keluarga dipermudahkan urusan #Umrah2019.
 

"Insya Allah andai ada yang nak mengirim Doa boleh DM saya. Anda ada kesempatan, saya bacakan di #MasjidilHaram," tulisnya.

Menerusi gambar yang dikongsikan itu, rata-rata peminat mendoakan agar Mila dan suami sentiasa diberi kesihatan yang sihat ketika berada di Makkah dan Madinah.

Mila dan suaminya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha bernikah pada 11 November 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Arif Zikri.

Artikel Berkaitan