Pelakon kacak, Syafiq Kyle dipilih untuk membintangi muzik video Semakin nyanyian Siti Sarah.

Diarahkan oleh suami Sarah sendiri, Shuib Sepahtu dan CK Faizal, karya ini merupakan muzik video pertama yang dibintangi oleh Syafiq.

BACA: Siti Sarah Singkir Suami Sendiri... Kenapa Tu?

"Saya memang meminati Syafiq kerana dia merupakan pelakon yang hebat. Jadi, apabila suami dan pihak pengurusan memilihnya, saya teruja untuk bekerjasama dengan Syafiq.

"Dia mempunyai kekuatan tersendiri dan saya sangat senang melihat hasil muzik video ini. Saya berharap ia dapat diterima oleh semua peminat," kata Sarah.

Sarah ditemui di majlis pelancaran muzik video Semakin di Red Box The Gardens, Kuala Lumpur sebentar tadi.

BACA: “You Takkan Ada Dalam Video Klip I, Faham Tak?”- Siti Sarah Marah Shuib

Dalam pada itu, Sarah mengakui Syafiq banyak membantunya dari segi penghayatan.

"Saya akui, Syafiq banyak mengajar saya untuk berlakon dalam muzik video ini memandangkan saya tak mempunyai ilmu dalam bidang lakonan.


"Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan akhirnya muzik video hasil idea saya dan suami menjadi kenyataan," katanya lagi.

Muzik video Semakin boleh ditonton sekarang menerusi saluran Indigital Sdn Bhd.