Pelakon Nabila Huda mengambil langakah untuk menutup mulut mengenai isu berkenaan gerai makan miliknya, Waroeng Isabella yang disifatkan sebagai hambar oleh netizen.

Menurut Nabila, dia enggan memberi sebarang komen mengenai perkara itu kerana ingin menghormati majlis ketika menghadiri Sidang Media Teater OlaBola The Musical.

"Saya minta maaf kerana tak boleh bercakap mengenai benda ini.

"Saya harus menghormati majlis ini dan biarlah saya bercerita tentang teater ini sahaja dulu.

"Mungkin nanti bila berjumpa lagi saya akan bercerita mengenai hal itu atau mungkin pihak media boleh hubungi saya," katanya kepada Gempak.

Nabila berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Ola Bola The Musical, di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Selasa.

Ola Bola The Musical dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 12 Februari ini sehingga 8 Mac 2019.

Orang ramai boleh mula mendapatkan tiket Ola Bola The Musical bermula 15 Januari (hari ini) di Buyticket.Asia.