Pelakon Nabila Huda, Tony Eusoff dan Hafeez Mikhail telah dipilih sebagai wajah baru dalam pementasan Ola Bola The Musical. Menurut pengarah Ola Bola The Musical, Puan Sri Tiara Jacquelina kehadiran para pelakon baru yang dipilih adalah untuk mewarnai watak dalam pementasan teater pada tahun ini. "Kehadiran pelakon seperti Hafeez Mikhail adalah dipilih berdasarkan ujibakat yang dilakukan untuk di memegang watak sebagai Eric. "Sikapnya yang rajin untuk belajar membuatkan saya terbuka hati untuk menawarkan watak ini kepada dia memandangkan Hafeez juga mempunyai bakat dalam bola sepak, berlakon dan menyanyi. "Kehadiran Tony Eusoff adalah sebagai Coach Harry Mountain dan dia merupakan calon yang sesuai kerana bakat yang ada pada dirinya dalam pementasan muzikal teater. "Saya mengambil Nabila Huda dalam teater ini kerana dia merupakan pelakon yang hebat dan saya gembira dapat bekerjasama lagi dengan dia selepas berjaya menjayakan teater MUD the Muzikal," katanya kepada Gempak. Tiara berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Ola Bola The Musical, di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Selasa. Antara pelakon asal yang membintangi Ola Bola The Musical adalah Luqman Hafidz, Lim Jian Wen, Iedil Putra, Altimet, Douglas Lim dan ramai lagi. Ola Bola The Musical dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 12 Februari ini. Orang ramai boleh mula mendapatkan tiket Ola Bola The Musical bermula 15 Januari (hari ini) di Buyticket.Asia.
"Saya Doakan Dia Bahagia & Wanita Itu Menerimanya Seadanya" - Syifa Melvin Nafi Bercinta Dengan Fendy Bakry 20 Feb 2019
"Zaman Sekarang Ramai Orang Tak Reti Hantar Email & Tiada Adab Untuk Berkomunikasi Ke?" - Fazley Yaakob 20 Feb 2019
Upah Bintang Filem Porno Untuk Model Fendi, Ini 10 Perkara Tentang Lagenda Fesyen Dunia Karl Lagerfeld 20 Feb 2019
"Mikrofon Terpasang Sendiri, Dengar Suara Perempuan Walau Tak Ada Orang" - Elizabeth Tan Cerita Pengalaman Mistik Di Set Misteri Dilaila 20 Feb 2019
"Janganlah Memain Dengan Benda-Benda Macam Ni, Puncanya Sikit Je Tapi ....." - Feeya Iskandar Kongsi Pengalaman Dimasukkan Ke CCU 9,482