Sepotong sesi rakaman rancangan Hiburan Minggu Ini yang menampilkan pengacara dan penyanyi versatil, Alif Satar tular di media sosial.

Menerusi rakaman itu, Alif melantunkan lagu Sesungguhnya bersama anggota kumpulan Raihan.

Bukan hanya kelunakan dan kelembutan vokalnya dipuji malah rakaman itu mengimbau semula kenangan ketika irama nasyid popular suatu ketika dahulu.

"A dream come true last night, with one of Malaysia’s highest selling artist of all time, Raihan.

"The lil 7 year old in me was screaming inside, thank you Raihan. JUST VOLUME UP," tulis Alif berkongsi menerusi Instagramnya.

a dream come true last night.. with one of Malaysia’s highest selling artist of all time, Raihan. the lil 7 year old in me was screaming inside.. thank you Raihan. JUST VOLUME UP.? full version kena tunggu #BintangMingguIni @aburaihan70 @raihaninternational #Sesungguhnya p/s what is your favourite Raihan song?

A post shared by Alif Satar (@alifsatar) on


Pujian bukan hanya datang daripada peminat setia Alif dan Raihan malah isterinya sendiri yang mahukannya menyanyikan lebih banyak lagu sedemikian.

"Tolonglah nyanyi banyak lagi lagu nasyid," tulis isterinya, Shalida Halid.




Di Twitter pula, rakaman video itu telah mendapat hampir 6,000 kicau semula (retweet) dan likes.

Malah, video itu telah ditonton lebih 69,000 kali.

Album Puji-Pujian yang memuatkan rakaman lagu Sesungguhnya itu pernah merekodkan jualan 3.5 juta unit sekitar tahun 1997. Wow!

Bagi yang tertanya-tanya mengenai rancangan tersebut, Bintang Minggu Ini bersiaran setiap Ahad, pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) sejak November 2018.