Setelah berjaya dengan single pertama Berpisah Tanpa Rela, buat permulaan tahun 2019, penyanyi Lan Solo muncul dengan single keduanya yang berjudul Twist Abang Sayang ciptaan Lan sendiri sementara lirik merupakan karya Rozi Sang Dewi.
Menarik mengenai lagu Twist Abang Sayang ini, ia menampilkan irama twist yang membawa kepada tema keriangan, kegembiraan, keseronokan bagi tahun baharu. Lagu ini juga membawa kepada aura positif yang diperlukan dalam hidup.
“Saya telah merancang perjalanan seni saya bagi sepanjang tahun 2019. Oleh itu, bagi memulakan pengembaraan selama setahun ini saya mulakan dengan menghadiahkan sebuah single terbaharu buat peminat.
“Lagu ini jauh daripada kebiasaan saya iaitu irama twist. Sengaja saya hadir dengan irama ini bagi membangkitkan suasana ceria dan happening di tahun baharu. Semoga aura positif ini dapat membangkitkan mood yang baik-baik sahaja buat kita semua,” ujar Lan.
Tambah Lan yang kini semakin aktif mencipta lagu, idea untuk menghasilkan Twist Abang Sayang ini adalah idea bersama team yang ingin melihat Lan Solo mencuba lagu baru yang lebih fresh dan santai serta mudah untuk diterima ramai.
“Saya mengambil masa lebih kurang dua bulan untuk menyiapkan lagu ini sepenuhnya sehinggalah ia dilancarkan pada tarikh 9119.
“Saya memilih 9119 kerana antara pilihan susunan nombor yang cantik dan mungkin ia akan memberikan susunan yang baik juga dalam perjalanan karier.
“Selain itu bersempena dengan showcase pertama saya yang juga akan diadakan pada 2 Mac 2019 di Matic Kuala Lumpur. Lagu ini juga antara salah satu langkah promosi untuk menguar-uarkan tentang showcase tersebut,” katanya.
Besar harapan Lan agar lagu ini dapat diterima dan tidak dilupakan agar peminat dapat hadir untuk bersama-samanya dalam showcase Lan Solo Next Level nanti.
Video lirik bagi lagu Twist Abang Sayang ini boleh ditonton di YouTube Seventeen Eleven Music. Single terbitan Seventeen Eleven Music ini boleh didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 25 Januari 2019.
Kamaruddin Razal
Mon Jan 14 2019
Dua Helikopter Bertembung Jadi Tragedi Ke-8 Dalam Tempoh 9 Tahun, Ini Kronologinya
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
Lambat Bertindak Sehingga Kanser Melarat, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Servis Hospital - “Kanser Mesti Pantas, Masa Itu Emas”
“Mencegah lebih baik daripada merawat,” itulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam usaha mengelakkan sesuatu perkara buruk daripada menjadi lebih teruk. Akan tetapi, pencegahan selalunya dipandang remeh oleh ramai pihak sehingga kadang kala melibatkan nyawa yang boleh diselamatkan. Itulah keadaan yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang difaham
Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur
Salah seorang mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak disifatkan bapa kelihatan tenang seperti sedang tidur.
Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?
‘Berita terkini’ mengenai hubungan asmara Bright Vachirawit ini mungkin melegakan hati banyak peminat wanita.
Jumpa Tangkal Dalam Kereta, Netizen Persoal Motif Perbuatan Sihir - "Kenapa Tak Buat Dekat Israel Ke?
Ketika teknologi semakin maju dengan kecerdasan buatan (AI) serta cabang sains dalam kehidupan, masih ada segelintir terus mengamalkan sihir dan ilmu hitam. Berikutlah yang boleh dilihat dalam satu perkongsian di media sosial oleh seorang individu yang mendakwa dirinya terkena 'buatan' orang. Menerusi klip video pendek berdurasi 12 saat, individ
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.