Setelah sebulan single Semua Sudah dilancarkan di semua pelantar digital, kini penyanyi Elizabeth Tan atau lebih mesra disapa Lizzy tampil dengan video muzik Semua Sudah yang bertemakan 'Women Empowerment'.

Video muzik Semua Sudah arahan Hasif Hamid dan GHZMSN terbitan oleh Warner Music Malaysia telah mencecah hampir empat ratus ribu penonton sejak disiarkan pada 11 Januari yang lalu.

Elizabeth atau nama sebenarnya Elizabeth Tan Su Mei menyifatkan bahawa single ini merupakan karyanya yang paling digemari.

Terdahulu, Lizzy telah mendapat respon yang positif daripada peminatnya menerusi akaun Instagram (IG apabila berkongsi teaser video muziknya.

Di samping itu, pengikutnya berharap agar muzik video tersebut mendapat tempat di hati peminat dan dapat memberikan impak positif kepada seluruh wanita serta tidak merasakan diri mereka lemah.

Semua Sudah merupakan single kedua Lizzy selepas 'Police Entry'.

Video muzik Semua Sudah boleh didapati di saluran Youtube Warner Music Malaysia.