“Kami masih lagi suami, isteri,” itulah jawapan yang diberikan oleh bintang Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019), Tauke ketika diminta mengulas mengenai isu rumah tangganya yang didakwa sedang bergolak.

Bagaimanapun kata Tauke, mereka masih lagi belum bertemu antara satu sama lain dan meminta ruang untuk menyelesaikannya dalam masa terdekat.

“Statusnya kami masih lagi suami isteri, cumanya dalam perselisihan. Tapi masing-masing sekarang dah ‘cool’ dan bertenang sebab biasalah orang perempuan.

“Mudah terpedaya, mudah terperangkap dengan hasutan luar. Jadi kita sebagai lelaki kena jadi ‘gentle’.

“Setakat ini belum lagi bertemu, dia kini berada di kampung menjaga bayi yang baru lahir dan saya di sini dengan MLM2019.

“Jadi biarlah kami berdua bertenang dahulu dan baru selesaikan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Tauke memberitahu mahu memberikan tumpuan terhadap MLM2019 peringkat akhir Jumaat ini.

“Jadi lepas ini kita jernihkan keadaan, buang yang keruh ambil yang jernih. Kalau boleh nak fokus pada kerja.

“Kalau kecoh pun nanti menyebabkan saya tak tenteram dan tak boleh berikan fokus terhadap kerja,” katanya.

Jangan lupa menonton MLM 2018 setiap Jumaat jam 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan On Demand.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).