Penyanyi dan juara program Big Stage, Sarah Suhairi menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia sedang bercinta bersama Ariff Bahran.

Menurut Sarah, dia tidak menafikan dirinya rapat dengan Ariff namun mereka masih mengenali antara satu sama lain.

"Saya dan Ariff hanya berkawan biasa, tak dinafikan kami memang rapat tapi ia tak bermaksud kami bercinta.

"Kami masih di tahap mengenali antara satu sama lain, namun kami bukan bercinta," kata Sarah.

Sementara itu, Ariff yang ditembual bersama Sarah, turut menafikan perkara tersebut.

"Kami masing-masing mempunyai teman rapat, saya yakin Sarah pun ada kawan lelaki yang rapat dengannya selain saya, saya pun ada kawan perempuan yang rapat selain Sarah.

"Kami cuma akrab, biarlah kami mengenali antara satu sama lain dahulu, saya masih belum fikir untuk bercinta lagi," ujar Ariff mengakhiri perbualan.

Sarah dan Ariff ditemui di Sidang Media Era Digital Muzik Awards (EDMA 2018) bertempat di Red Box, The Gardens Mall sebentar tadi.

Mereka telah berjaya ke peringkat Top 5 anugerah tersebut yang melayakkan diri merebut gelaran juara bagi kategori yang dicalonkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai EDMA 2018 ini, sila ikuti laman sosial ERA di Facebook, Instagram dan Twitter atau layari www.era.je.