Pelakon boleh melakonkan apa jua watak termasuk menyerupai rakan artis mereka sendiri, betul ke?

Memang tak percaya apabila pelakon senior, Ropie Joras dikatakan mempunyai wajah seiras dengan pelakon popular, Que Haidar.

Pelakon yang terkenal dengan watak Nayan dalam filem box office, Hantu Kak Limah ini memuat naik dua foto di media sosial yang menimbulkan tanda tanya pada netizen.

Tampil gaya seperti seorang pelakon yang sedang menghayati watak, raut muka pelakon dalam foto itu memang sama seperti Que Haidar.

"Syukur Alhamdulillah diet Pak Kodie a.k.a Nayan menjadi .. Trema kaseh smua krn mendoakan .. Amin," katanya dalam status terkininya di Instagramnya, @ropie_sryn.

Syukur Alhamdulillah diet Pak Kodie a.k.a Nayan menjadi .. Trema kaseh smua krn mendoakan .. ???Amin @the_haidars #PakKodi #pakkodie #nayan #mutawwif #pencarianmutawwifterunggul2019 #manhajmutawwif2019 #manhajjmutawwif2019

A post shared by Ropie_S'ryn Pk'Kodi (Original) (@ropie_sryn) on


Ada netizen beranggapan foto itu adalah Ropie yang kelihatan lebih kurus daripada penampilan sebelumnya.

Ropie sebelum ini terbabit dalam program Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) bersama kumpulan Joras yang dianggotai Joey Daud dan Rahim Sepahtu.

Bagaimanapun, apabila Ropie sendiri meletakkan ‘tag’ pelakon Que Haidar pada statusnya itu, ia mula mengundang persoalan sama ada pelakon dalam foto itu adalah Ropie atau Que Haidar.

"Hahahahah .. sebijik laa bang," kata netizen dikenali sebagai @bro_qaid.

Begitu juga, netizen @azman.teh mempunyai pandangan yang sama iaitu wajah Ropie yang diberi solekan sama seperti Que Haidar.

"Ada iras Que Haidar la Pak Kodie @ropie_sryn," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @ropie_sryn